BM | EN | 中文

PH Johor lancar kempen tamat darurat

tamat-darurat-PH-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 MAC: Pakatan Harapan (PH) Johor menyokong dan melancarkan kempen Tamat Darurat yang digerakkan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat.

Pemimpin ketiga-tiga parti komponen PH Johor dari Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat bersama pada sidang media berkenaan kempen itu hari ini.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Setiausaha DAP Johor, Tan Hong Pin dan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah.

Advertisement

Turut hadir ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN pusat, Akmal Nasir, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pemuda DAPSY Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Bersama dalam pelancaran kempen itu ialah Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat.

Mereka turut mempamer plakad ‘Tamat Darurat’, slogan kempen yang digerakkan parti politik dan pertubuhan masyarakat sivil mulai 12 Mac lalu.

Advertisement

Kempen ‘Tamat Darurat’ bertujuan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan darurat dengan seberapa segera.

Menurut kenyataan jawatankuasa kempen itu sebelum ini, usaha untuk melawan Covid-19 tidak memerlukan darurat.

Ini kerana semua pihak telah memberikan kerjasama secara sukarela tanpa memerlukan kuasa darurat.

Advertisement

“Darurat merosakkan ekonomi, politik dan sosial negara sedangkan undang-undang yang ada sudah mencukupi untuk melawan Covid-19,” menurut kenyataan jawatankuasa itu.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, Tun Arifin Zakaria sebelum ini berkata, semua individu mempunyai hak untuk menghantar petisyen atau memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ariffin berkata, pihaknya tiada masalah untuk mendengar pandangan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat namun harus membincangkan dulu perkara yang dibangkitkan.

Advertisement

Sehingga berita ini ditulis, lebih 15,478 orang telah menyokong kempen itu melalui laman tamatdarurat.com dan orang ramai boleh menandatangani sokongan kempen itu melalui laman web tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top