BM | EN | 中文

PH Johor junjung titah Tuanku, pegang teguh demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUN: Pakatan Harapan (PH) Johor menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan memegang teguh amalan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Pengerusi tiga parti PH Johor iaitu Aminolhuda Hassan, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah). Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) dan Liew Chin Tong, (Pengerusi DAP Johor).

“Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil maklum dan menjunjung kasih titah DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan bagi negeri dan jajahan takluk Johor.

Advertisement

“PH Johor juga menyatakan komitmen terhadap amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi tulang belakang kepada negeri serta negara kita.

“PH Johor akan sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip tersebut (diatas) dalam mendepani apa jua isu serta situasi politik semasa,” kenyataan tersebut dipetik.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas titah Sultan Ibrahim hari ini yang memberi amaran kepada wakil rakyat di Johor bahawa baginda akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sekiranya perebutan kuasa berterusan.

Advertisement

Baginda bertitah, jika berlaku perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, maka Dewan Negeri Johor akan dibubarkan serta merta.

“Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri,” titahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top