BM | EN | 中文

PH Johor junjung titah Tuanku, elak virus perpecahan

IMG-20200514-WA0005.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 14 MEI: Pakatan Harapan (PH) Johor menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar virus perpecahan tidak berlaku dalam kalangan pemimpin politik negeri ini khususnya ketika penularan wabak Covid-19.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya sedar keutamaan ketika ini adalah untuk membantu rakyat dalam menghadapi kesukaran hidup ketika ini.

“Walaupun ada beberapa individu yang menyatakan sokongan kepada kami, tetapi kami tidak mengambil kesempatan itu kerana merasakan ini bukan masa yang sesuai.

Advertisement

“Kita ada pandangan yang jelas, apabila tiba waktu yang sesuai kita akan bertindak mengikut peruntukan (undang-undang) sedia ada,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas pembukaan Sidang DUN di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambahnya, PH Johor turut menjunjung titah Sultan Ibrahim agar setiap ADUN terus berbakti kepada masyarakat, khususnya kepada penduduk di kawasan mereka.

Advertisement

“Walaupun dalam keadaan peruntukan yang terhad sebagai pembangkang, kami akan terus berbakti kepada rakyat sebagaimana dititahkan Tuanku.

“Kami yakin rakyat boleh lihat dan menilai bahawa kami turut merasakan kesukaran rakyat dalam menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak Covid-19,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top