BM | EN | 中文

PH Johor junjung titah Sultan Ibrahim, usaha selesaikan masalah Covid-19

PH-Johor-Pakatan-Harapan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MEI: Pakatan Harapan (PH) Johor berserta seluruh Adun menjunjung titah Sultan Johor yang mengajak semua Adun dan ahli parlimen di Johor untuk sama berbincang meneyelasikan permasalahan Covid 19 yang semakin meningkat di negeri ini.

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

PH Johor dalam kenyatannya hari ini memberikan komitmen bagi memenuhi titah tersebut demi menyelamatkan negeri Johor ini dari wabak yang sedang mengancam rakyat.

“Sehubungan dengan itu, pihak kami bersedia pada setiap masa untuk menanti panggilan perbincangan tersebut.

Advertisement

“Memang selama ini telah pihak kami cadangkan berulang kali kepada kerajaan negeri Johor agar diusahakan ke arah tersebut.

“Pihak kami berasa amat lega bila mana Tuanku DYMM Sultan Johor mendengar hal tersebut dan menitahkan satu perbincangan bagi menangani masalah wabak Covid 19

“Sekali lagi kami PH Johor berterima kasih atas keperihatianan Sultan Johor berhubung dengan permasalahan pandemik Covid 19 yang sedang melanda di negeri ini,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Aminolhuda, Pengerusi AMANAH, Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PKR Johor dan Senator Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Negeri Johor.

Terdahulu hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar semua ahli parlimen dan Adun Johor mengadakan mesyuarat bagi membincangkan penularan wabak Covid-19 dan kesannya kepada penduduk negeri ini.

Susulan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat bersama ahli parlimen dan Adun minggu depan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top