BM | EN | 中文

PH Johor gesa kerajaan pusat dan negeri dedah status terkini vaksinasi

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OGOS: Pakatan Harapan (PH) Johor menggesa kerajaan memberi penjelasan mengapa kadar vaksinasi Johor masih rendah.

Gabungan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan penularan wabak viran Delta yang cepat merebak, tindakan proaktif perlu diambil untuk meningkatkan kadar vaksinasi di Johor demi keselamatan bangsa Johor yang kian tertekan dengan situasi pandemik yang tidak menentu.

“PH Johor juga meminta kerajaan negeri menerangkan status terkini peruntukan RM40 juta yang dinyatakan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 untuk pembelian vaksin bagi meningkatkan kadar vaksinasi bangsa Johor.

Advertisement

“Kerajaan negeri perlu memberi penjelasan mengenai perkembangan terkini dan strategi pelaksanaan Program vaksinasi ImmuPlan dalam usaha meningkatkan bekalan vaksin di Johor, khususnya membantu barisan hadapan ekonomi Johor, termasuk pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura, untuk mendapatkan vaksin,” menurut kenyataan PH Johor.

Tanbahnya lagi, strategi baru melalui Program ImmuPlan seperti melipatgandakan ujian saringan besar-besaran, melakukan pengesanan kontak,
dan merangka prosedur operasi standard (SOP) untuk mengurangkan penularan wabak, khususnya dalam sektor ekonomi dan tempat kerja di Johor mesti diusahakan secepat mungkin.

“Kerajaan negeri Johor boleh mempertimbangkan kaedah baharu bagi meningkatkan kadar vaksinasi seperti pemberian vaksin secara ‘walk-in’ tanpa membuat temu janji di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang dilaksanakan di Lembah Klang.

Advertisement

“Peningkatan kadar vaksinasi akan mempercepatkan usaha untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok di Johor dan membantu Johor memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ia juga dapat mengembalikan bangsa Johor untuk melakukan aktiviti ekonomi dan menikmati kehidupan normal seperti biasa dalam keadaan yang lebih selamat,” tambah kenyataan itu lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top