BM | EN | 中文

PH Johor gesa kadar vaksinasi ditingkatkan

PH-Pakatan-Harapan-PH.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 OGOS: Pakatan Harapan (PH) Johor mendesak kerajaan negeri melipatgandakan usaha dan perancangan mengatasi penularan wabak Covid-19 berikutan peningkatan jumlah kematian akibat wabak ini.

PH Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada 24 Ogos 2021, Johor mencatatkan jumlah kematian tertinggi Covid-19 kali kedua secara berturut-turut, mengatasi negeri Selangor
yang mencatatkan angka kematian tertinggi sebelum daripada ini.

“Pada 23 Ogos 2021, Johor mencatatkan kes kematian Covid-19 tertinggi di Malaysia iaitu 41 kes berbanding 211 kes keseluruhannya. Ia meningkat pula kepada 51 kes kematian daripada keseluruhan 174 kes yang dilaporkan pada 24 Ogos 2021.

Advertisement

“Penularan kes melibatkan sektor industri di Johor masih membimbangkan.

“Berdasarkan maklumat dari Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan semasa sidang DUN Johor 22 Ogos lalu, sektor industri Johor mencatatkan jumlah kluster aktif Covid-19 tertinggi, iaitu sebanyak 142 kluster.

“PH Johor menggesa agar kerajaan negeri meningkatkan kaedah cari, uji, jejak, asing dan sokong (FTTIS) untuk mengatasi penularan Covid-19 di Johor.

Advertisement

“Pendekatan ini penting agar Johor bersedia menghadapi penularan wabak pada masa akan datang, khususnya dengan kewujudan varian Delta dan Lambda yang dijangka boleh merisikokan lagi kadar peningkatan jangkitan,” menurut kenyataan PH Johor hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang DUN Johor, Amiolhuda Hassan, Pengerusi KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Tambahnya, meskipun 50 peratus kadar populasi di Johor penerima dos vaksin pertama, kadar populasi penerima dos lengkap menerusi vaksin kedua masih lagi rendah, iaitu sebanyak 28 peratus sahaja sehingga 24 Ogos 2021 dan Johor merupakan antara yang terendah di Malaysia.

Advertisement

“PH Johor menegaskan kadar vaksinasi Johor perlu ditingkatkan segera untuk mencapai imuniti kelompok pada hujung tahun ini.

“Kerajaan negeri perlu sedar bahawa setiap kelewatan amat berisiko menatijahkan lebih ramai angka korban,” tambah kenyataan itu lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top