BM | EN | 中文

PH Johor desak Khairy hantar trak vaksinasi

PH-Pakatan-Harapan-Johor.jpg
Advertisement

KLUANG, 1 JUN: Pakatan Harapan (PH) Johor mendesak agar Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menghantar trak vaksinasi bergerak ke negeri ini.

PH Johor dalam satu kenyataan hari berkata, Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) bergerak seperti ini adalah amat membantu khususnya melibatkan kawasan-kawasan luar bandar di negeri ini.

Katanya ia memdahkan capaian pengambilan suntikan vaksin oleh warga emas dimana pergerakan mereka amat terbatas.

Advertisement

“Pada masa yang sama, PH Johor berpandangan Klinik Kesihatan atau Klinik Desa juga boleh diaktifkan menjadi PPV sementara bagi tujuan tersebut.

“PH Johor berpandangan, angka statistik perkembangan Program Imunisasi Covid-19 bagi negeri Johor adalah membimbangkan.

“Sehingga 31 Mei 2021, jumlah pendaftaran vaksinasi di Johor adalah pada kadar 52.6 peratus manakala angka yang sudah divaksin sekadar 6.4 peratus sahaja,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Terdahulu, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, pengoperasian 30 trak vaksinasi telah dimulakan dan bergerak di sekitar Kuala Lumpur.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top