BM | EN | 中文

PH Johor cadang tingkatkan infra kemudahan dan sistem kesihatan

Pakatan_Harapan_PH.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 OGOS: Pakatan Harapan (PH) Johor mencadangkan agar kerajaan negeri meningkatkan infrastruktur dan kemudahan sistem kesihatan seperti menambah kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam satu kenyataan hari ini, gabungan itu menggesa agar kerajaan negeri memperkukuh barisan hadapan untuk memastikan bangsa Johor
mendapat rawatan terbaik dan segera pulih daripada jangkitan Covid-19.

“PH Johor juga berharap agar kerajaan negeri mengambil langkah inklusif dengan melibatkan ADUN-ADUN rentas partisan dalam usaha merangka pelan pemulihan pandemik pada kadar segera khususnya dalam menambahbaik sistem kesihatan negeri dan perancangan membuka sektor industri dengan selamat.

Advertisement

“Hal ini amat penting agar bangsa Johor dapat bekerja semula demi meneruskan keberlangsungan hidup pada era pandemik Covid-19 dan membina semula kemampanan ekonomi negeri,” tambah kenyataan bersama PH Johor.

Sebelum ini tular di laman media sosial mengenai kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Difahamkan, kesesakan itu telah berlaku hampir sebulan dan ada orang ramai yang terpaksa menunggu awal pagi bagi mendapatkan rawatan dan ujian saringan.

Advertisement

Sebelum itu berlaku kehabisan stok vaksin menyebabkan penerima terpaksa menunggu tarikh baru selepas tarikh temujanji ditetapkan.

Manakala ada di kalangan penerima vaksin yang ditukarkan lokasi vaksinasi susulan penetapan lokasi dan tarikh temujanji yang tidak sistematik.

Terdahulu, PH Johor dalam kenyataan mendesak kerajaan negeri melipatgandakan usaha dan perancangan mengatasi penularan wabak Covid-19 berikutan peningkatan jumlah kematian akibat wabak ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top