BM | EN | 中文

PH Johor cadang PKPB ikut daerah atau perbandaran, bukan seluruh negeri

roadblock-sekatan-jalan-raya-polis-ATM-Darurat.jpg

Gambar sekatan jalan raya (Gambar Hiasan)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 NOV: Pakatan Harapan (PH) Johor mendesak kerajaan memperjelaskan tindakan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri termasuk Johor.

PH Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, warga di negeri ini bingung dengan pengumuman PKPB secara tiba-tiba di beberapa negeri di semenanjung Malaysia.

“Kami ingin mengesyorkan agar PKPB dilaksanakan mengikut daerah atau perbandaran secara khusus dan bukan melibatkan seluruh negeri,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

PH Johor turut mencadangkan agar ramalan penyebaran wabak di negeri-negeri yang relevan dengan dan tanpa perlaksanaan PKPB, yang juga dikenali sebagai Unjuran Pandemik dapat dibentangkan.

“Kaedah ini juga dapat meningkatkan kerjasama yang lebih baik daripada masyarakat tempatan,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Syed Ibrahim Syed Noh (pengerusi PKR) dan Liew Chin Tong (pengerusi DAP negeri).

Advertisement

Dalam pada itu PH Johor turut membangkitkan persoalan berhubung langkah semasa yang tidak berkesan untuk membendung penyebaran wabak Covid-19.

“Apakah sama ada disebabkan kurang kepatuhan terhadap SOP, penguatkuasaan yang kurang dan gangguan rantaian penularan virus yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

“Setelah lapan bulan sejak PKP dilaksanakan, rakyat Malaysia kini menghadapi tekanan yang berganda ekoran daripada kesulitan ekonomi dan ‘keletihan pandemik’,” tambah kenyataan itu.

Advertisement

Tambahnya, berdasarkan tempoh semasa yang seharusnya merupakan PKP Pemulihan Ekonomi, unit penguatkuasaan undang-undang seperti Majlis Perbandaran dan KKM perlu menerapkan polisi ‘penguatkuasaan berhemah’.

Dalam pada itu tumpuan seharusnya diberikan bagi menggalakkan masyarakat mematuhi SOP, melainkan jika ingkar nasihat diberikan semasa pemeriksaan dilakukan sebelum saman dikeluarkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top