BM | EN | 中文

PH Johor cadang KPJ mainkan peranan jayakan saringan dan vaksinasi

kpjhealth.com_.my_.jpg
Advertisement

KLUANG, 25 MEI: Pakatan Harapan (PH) Johor mencadangkan hospital serta fasiliti Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd (KPJ) yang merupakan anak syarikat Johor Corporation (JCorp) boleh memainkan peranan lebih besar bagi menjayakan misi vaksinasi Covid-19.

Perkara itu difahamkan dicapai dalam satu mesyuarat secara dalam talian gabungan itu malam tadi.

“Berhubung langkah saringan secara meluas dan program vaksinasi, PH Johor berpandangan hospital serta fasiliti yang dikawal selia Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd (KPJ) yang merupakan anak syarikat Johor Corporation (JCorp) misalnya, boleh memainkan peranan lebih besar bagi menjayakan misi ini,” menurut kenyataan gabungan itu.

Advertisement

Selain itu lima cadangan turut diangkat iaitu langkah saringan secara meluas, program vaksinasi yang berkesan, pakej bantuan rakyat, perancangan pembukaan sempadan Johor-Singapura dan seruan agar ditamatkan darurat.

“PH Johor menyatakan sepenuh komitmen terhadap mesyuarat yang bakal dijalankan dan akan mengangkat cadangan-cadangan berkesan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat berhadapan saat sukar ini,” tambah kenyataan itu.

PH Johor sekali lagi menjunjung kasih titah Sultan Johor agar satu sidang permesyuaratan dijalankan melibatkan seluruh ahli parlimen dan Adun Johor bagi membincangkan situasi terkini di Johor khususnya melibatkan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Advertisement

“PH Johor juga memandang serius keresahan rakyat terbanyak yang menzahirkan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” tambahnya.

Terdahulu, tular di laman media sosial tanda pagar #KerajaanGagal, #KerajaanBodoh selain himpunan tunjuka perasaan di beberapa lokasi baru-baru ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top