BM | EN | 中文

PH Johor cadang kerajaan negeri beri bantuan kepada petani, penternak dan nelayan

PH-Pakatan-Harapan-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JUN: Kerajaan negeri Johor dicadangkan memberikan bantuan kepada petani, penternak, dan nelayan secara “one-off”.

Pakatan Harapan (PH) Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan negeri diharap memasukkan sekali bantuan kepada petani, penternak dan nelayan di Johor yang terjejas akibat pelaksanaan PKP 3.0 dan pandemik.

“Ramai antara mereka yang kehilangan punca pendapatan dan bantuan secara “one-off” RM 1,000 boleh diberikan kepada mereka untuk memastikan golongan ini dapat bertahan dalam waktu pandemik.

Advertisement

“Bagi merancakkan lagi sektor pertanian di Johor, PRE 3.0 perlu menambah peruntukan dalam sektor pertanian, penternakan, dan perikanan untuk melahirkan lebih ramai usahawan pertanian untuk masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong.

Terdahulu dalam kenyataan PH Johor menyambut baik inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 berjumlah RM 241 juta yang dibentangkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, semalam.

Advertisement

Katanya tindakan kerajaan negeri untuk memperkasakan pengurusan pandemik dengan pembelian 190,000 unit kit RTK-Antigen bagi meluaskan lagi ujian saringan di Johor adalah selari dengan cadangan kami yang disuarakan semasa sesi mesyuarat atas talian pada 28 Mei.

“Penglibatan tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) berstatus bandaraya menepati seruan kami untuk menggunakan pendekatan ‘seluruh
kerajaan dan seluruh masyarakat’.

“PH Johor berharap agar lebih PBT dan agensi dilibatkan dalam masa terdekat,” tambah kenyataan itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top