BM | EN | 中文

PH Johor cadang IPT dijadikan pusat pemberian vaksin

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong-1.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JUN: Pakatan Harapan (PH) Johor mencadangkan lokasi tambahan seperti institusi pengajian tinggi (IPT untuk dipertimbangkan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

Cadangan itu katanya munasabah bagi mengurangkan kesesakan selain keadaan premis yang lebih selesa, terutamanya kepada warga emas dan golongan berkeperluan khas.

“Cadangan alternatif lain seperti penggunaan IPTA dan IPTS di Johor yang pernah diangkat menerusi mesyuarat dalam talian yang di pengerusikan oleh YAB Dato’ MB pada 27 Mei lalu juga mesti diperhalusi segera,” menurut kenyataan PH Johor.

Advertisement

Selain itu menurut PH Johor, masjid, juga boleh dicadangkan untuk dijadikan lokasi PPV.

“Ini selari dengan peranan masjid sebagai sebuah pusat yang bukan semata-mata untuk aktiviti ibadah khusus seperti solat berjamaah lima waktu sahaja, tapi termasuk menjalankan aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada ummah.

“Pada saat pandemik ini, Masjid boleh dipertimbangkan bagi kegunaan sebagai PPV sepertimana yang dijalankan di United Kingdom.

Advertisement

“Rumah-rumah ibadat yang lain seperti tokong atau kuil juga boleh dipertimbangkan untuk berfungsi sebagai PPV berdasarkan keperluan majoriti rakyat setempat dari kalangan kaum Tionghua dan juga India,” ujarnya lagi.

Namun, gabungan itu berkata, kesemua cadangan ini adalah tertakluk kepada data dan perkembangan semasa serta penilaian risiko bagi mempercepat proses vaksinasi untuk mencapai ‘herd immunity’ dalam kalangan rakyat Johor.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ketua Pembangkang Dewan Negeri DUN Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top