BM | EN | 中文

PH Johor anjur flashmob ‘tamat darurat’ di beberapa daerah

Flashmob-tamat-darurat-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 MAC: Flashmob ‘tamat darurat’ yang dianjurkan di beberapa daerah di Johor bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan institusi seperti parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) dibuka semula.

Program yang diadakan itu di bawah mobilisasi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berlangsung secara aman melibatkan rakan komponen Pakatan Harapan (PH).

Pengarah program, Onn Jaafar berkata, pihaknya sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan di semua kawasan terbabit.

Advertisement

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Saya berterima kasih kepada semua kawasan yang terbabit dalam menjayakan program hari ini.

“Penyertaan dari parti komponen PH (Pakatan Harapan) di beberapa kawasan turut menggabungkan semula semangat setiakawan yang sedia terjalin,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang turut mengadakan ‘flashmob’ di dataran Kota Tinggi berkata, rakyat perlu tahu bahawa suara mereka telah dibungkam, dengan tindakan pengisytiharaan darurat menyebabkan kuasa legislatif seperti Parlimen dan DUN tidak dapat berjalan.

Advertisement

“Rakyat perlu tahu, persidangan Parlimen dan DUN adalah tempat di mana suara rakyat boleh dibawa dan ini penting untuk kesinambungan perjuangan membawa isu rakyat.

“Kita akan meneruskan lagi desakan untuk mendapatkan suara orang ramai dalam menjayakan tuntutan terhadap kerajaan bagi menamatkan darurat ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, flashmob ‘tamat darurat’ diadakan di beberapa kawasan parlimen di negeri Johor semalam antaranya Johor Bahru, Kota Tinggi, Pulai dan Simpang Renggam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top