BM | EN | 中文

PH JOHOR AMBIL SERIUS KEPUTUSAN PRK TANJUNG PIAI

ph-prk-tg-piai.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 NOV: Pakatan Harapan (PH) Johor menerima keputusan pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, namun mengambil serius isyarat oleh pengundi.

Perkara tersebut dinyatakan secara bersama oleh parti-parti PH Johor yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pakatan Harapan Negeri Johor menerima keputusan Pilihanraya Kecil Tanjung Piai sebagai satu isyarat daripada pengundi yang perlu diambil serius oleh parti.

Advertisement

“Mengambil kira kekalahan ini, Pakatan Harapan perlu kembali semula ke paparan lakaran untuk menilai dasar, pendekatan dan prestasi parti dan kerajaan yang telah menyumbang kepada rasa tidak puas hati rakyat.

“Pakatan Harapan Negeri Johor ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera Pakatan Harapan yang telah bekerja keras dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kempen pilihanraya kecil ini,” kenyataan tersebut dipetik.

Kenyataan tersebut turut dikeluarkan bersama oleh Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), Aminolhuda Hassan, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Liew Chin Tong dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, Mazlan Bujang.

Advertisement

Barisan Nasional (BN) memenangi PRK parlimen Tanjung Piai apabila calonnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA) meraih 25,466 undi.

Calon PH, Karmaine Sardini memperolehi 10,380 undi, sementara calon Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 dan calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dengan 850 undi.

Dua calon bebas Dr Ang Chun Lok mendapat 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar 32 undi.

Advertisement

PRK Tanjung Piai adalah yang kesembilan diadakan semenjak PH memenangi PRU-14, pada Mei 2018.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top