BM | EN | 中文

PH HARUS SEDAR PADANG PERMAINAN SUDAH BERBEZA

hari-pengundian-9.jpg
Advertisement

 

Oleh: Luthfi Yusri

Suasana selepas subuh hari itu, sungguh berbeza. Ia berbeza dengan hari-hari yang sebelum itu.

Advertisement

Keputusan pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai yang dimenangi oleh Barisan Nasional mempamerkan mesej pemberontakan rakyat kepada kerajaan.

Kekalahan besar di Tanjung Piai membuktikan bahawa Pakatan Harapan harus melakukan kerja rumah dengan lebih banyak.

Kekalahan ini mestilah dianalisis dan disemak puncanya. Bukan semata-mata BERSATU sahaja, tetapi setiap parti komponen yang lain seperti PKR, DAP dan AMANAH.

Advertisement

Pakatan Harapan harus sedar penolakan rakyat mula mekar. Pakatan Harapan kecundang di tangan Barisan Nasional sebanyak majoriti 15,086 undi. Calon BN Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi, manakala calon PH Karmaine Sardini memperolehi 10,380. Jauh sekali, sangat jauh.

Dalam PRK tempoh hari, Pakatan Harapan dipercayai dilanda tsunami undi penolakan atau protes yang besar membabitkan masyarakat Melayu dan Cina. Ia dilihat ketara di Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Cina apabila peralihan sokongan kepada BN berlaku pada kadar dua kali ganda lebih tinggi berbanding PDM majoriti Melayu.

Apa yang menarik, undi golongan muda juga memberikan impak kepada keputusan kali ini. Berdasarkan statistik, Pakatan Harapan kalah di semua PDM. Berbeza dengan PRU lalu Pakatan Harapan memenangi 11 daripada 27 PDM. Ia satu perkara yang wajar difikirkan kembali dalam menaut kembali hati rakyat.

Advertisement

MARILAH KITA FIKIR SEJENAK

Penolakan majoriti orang Cina kepada Pakatan Harapan apa sebabnya? Adakah kerana salah Tun Mahathir semata-mata? Nak salahkan Tun Mahathir, bukan dia sahaja yang berada di dalam kerajaan hari ini.

Ramai lagi. Contohnya Wan Azizah, Mohamad Sabu, Muhyiddin Yassin dan Lim Guan Eng. Adakah salah Anwar Ibrahim? Tak logik pula. Sebab dia pun tiada dalam barisan kabinet menteri.

Advertisement

Barangkali boleh jadi salah DAP. Kerana majoriti pengundi Cina di Tanjung Piai beralih kepada Barisan Nasional – MCA. Apa salah DAP? Gagalkah Lim Guan Eng mentadbir urus kewangan negara? Gagalkah Gobind Singh Deo memperkasa teknologi alaf baru di Malaysia? Mungkin salah Teo Nie Ching.

Apakah salah MB Perak yang gemar menjaja cerita tidak baik tentang rakan komponennya DAP ketika berbual dengan masyarakat kampung ketika sedang hangat Pakatan Harapan berkempen untuk Karmaine Sardini di Tanjung Piai?

Persoalan seperti ini haruslah menjadi titik tolak kepada sebuah penyelesaian yang tuntas oleh Pakatan Harapan. Strategis Pakatan Harapan harus sedar kembali bahawa padang permainan sudah berbeza.

Advertisement

Tambahan pula sentimen kaum dan agama yang digunakan UMNO dan PAS lebih mendominasi berbanding usaha reformasi kerajaan membanteras rasuah, menambahbaik sistem pilihanraya, memberi autonomi kepada universiti, memperkasa parlimen Malaysia dan sebagainya.

Kita harus jujur bahawa banyak usaha reformasi dilakukan walaupun belum bersifat holistik. Tetapi adakah perkara ini tidak dapat memenuhi kehendak rakyat?

Luthfi Yusri adalah Aktivis Belia Harmoni Universiti Malaya dan Editor Nadi Siswa

Advertisement

Tulisan ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya menceminkan pendirian rasmi Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top