BM | EN | 中文

PH gesa kerajaan letak Johor dalam fasa 2 PPN

Kerajaan-Johor-perlu-sasar-80-peratus-imuniti-kelompok-Pakatan-Harapan.jpg

Aminolhuda (tengah) bersama ahli parlimen Kulai, Teo Nie Chng (kiri) dan ahli parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JUL: Pakatan Harapan (PH) Johor mendesak kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan meletakkan Johor dalam status Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam kenyataan hari ini, PH Johor berkata, ia perlu dilakukan agar lebih banyak sektor ekonomi boleh dibuka untuk beroperasi.

“Berdasarkan laporan sehingga 3 Julai lalu, Johor mencatatkan nilai R (kebolehjangkitan) pada kadar 0.92 – negeri keempat paling rendah di Malaysia,” menurut kenyataan PH Johor hari ini.

Advertisement

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

Pada masa yang sama, PH Johor turut mencadangkan tiga perkara sebagai langkah kawalan dan jalan keluar kepada perlaksanaan ‘lockdown’ yang telah memberi kesan risiko negatif keatas rakyat.

“(Pertama), penggunaan ‘Rapid Antigen Test’ perlu dilipat gandakan supaya kita tidak hanya bergantung kepada ujian PCR semata-mata. Hal ini boleh membantu untuk menangani penularan wabak covid-19 secara bersasar dan lebih berkesan kepada bangsa Johor.

Advertisement

“Selain itu, penggunaan ‘Self Test Kit’ juga boleh segera diperkenalkan. Di United Kingdom misalnya, ‘Self Test Kit’ sudah pun digunakan secara meluas dimana rakyat mereka dibekalkan secara percuma dan boleh menjalankan ujian persendirian di rumah.

“Keputusan yang diperolehi boleh dimuatnaik kedalam sistem atas talian untuk disalurkan kepada data rasmi kerajaan bagi tindakan susulan oleh agensi yang berkaitan.

“Di Malaysia, penggunaan ‘Self Test Kit’ ini masih tertakluk dengan pelbagai peraturan yang menghalang rakyat daripada menggunakannya.

Advertisement

“PH Johor berpandangan, hal ini tidak membantu dan amat merugikan kita dalam usaha melawan penularan Covid-19.

“PH Johor turut menggesa kerajaan negeri Johor untuk segera melaksanakan inisiatif tambahan sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Besar menerusi PRE Ihsan Johor 3.0 dimana sejumlah RM40 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pembelian vaksin dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Johor (KPJ).

“Hal ini amat penting untuk Johor mencapai imuniti kelompok pada kadar yang segera,” katanya lagi.

Advertisement

Terdahulu, PH Johor dalam kenyataan menjunjung kasih titah Tengku Mahkota Johor dan amat bersetuju dengan pandangan bahawa formula ‘lockdown’ semata-mata tidak akan membuahkan hasil yang positif untuk rakyat.

“Tempoh ‘lockdown’ yang terlalu lama akan mendorong kepada krisis kesihatan mental yang lebih parah lagi termasuklah risiko peningkatan kemalangan nyawa (bunuh diri),” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top