BM | EN | 中文

PH bimbang imuniti kelompok di Johor hanya boleh dicapai menjelang Mei 2022

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong-1.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JUL: Berdasarkan situasi kekurangan bekalan vaksin yang ketara serta jumlah purata rakyat Johor yang divaksin pada kadar 18,000 orang/dos sehari, sasaran negeri Johor untuk mencapai imuniti kelompok pada akhir Oktober 2021 mustahil dicapai.

Pakatan Harapan (PH) Johor dalam satu kenyataan hari ini merujuk data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) menunjukkan hanya 443,421 orang rakyat Johor atau 11.7 peratus sahaja yang telah menerima suntikan dos pertama setakat 29 Jun.

Difahamkan, jumlah pendaftaran vaksin di Johor telah meningkat kepada 2.1 juta orang atau 77.5 peratus.

Advertisement

Manakala pada 28 Jun, jumlah penerimaan vaksin di Johor turun mendadak kepada 8,633 dos sehari, paling rendah dalam tempoh 14 hari ini.

“Jika dibuat unjuran bersandarkan fakta ini, imuniti kelompok Johor hanyalah boleh dicapai menjelang Mei 2022 nanti.

“Situasi ini amat membimbangkan,” menurut kenyataan PH Johor.

Advertisement

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Negeri Johor, Senator Liew Chin Tong.

“Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu memberi penjelasan, mengapakah kadar vaksinasi di Johor semakin menurun walaupun Johor mempunyai populasi kedua terbesar di Malaysia selepas Selangor dan merupakan penyumbang penting ekonomi negara? tambah kenyataan itu.

Jelas PH lagi, seperti dizahirkan oleh DYMM Sultan Johor, kerajaan pusat dan negeri perlu bersikap lebih proaktif dalam mengatasi masalah
bekalan vaksin serta meningkatkan kadar imunisasi di Johor secepat mungkin.

Advertisement

Kerajaan negeri juga digesa merangka pelan strategi untuk meningkatkan kadar vaksinasi di Johor, khususnya dengan peruntukan RM40
juta untuk membeli vaksin dari Singapura.

Ia bertujuan bagi memberikan 20,000 suntikan vaksin sehari kepada rakyatnya menerusi 35 PPV seluruh negeri ini sepertimana paparan di portal rasmi JKJAV.

“Kerajaan negeri juga perlu mengenalpasti kumpulan sasar yang penting seperti golongan pekerja dan industri yang mudah terdedah dengan jangkitan Covid-19 untuk menerima vaksin lebih awal.

Advertisement

“Penting juga untuk kerajaan negeri Johor melakukan saringan secara besar-besaran yang berterusan agar penularan wabak dapat diatasi lebih awal berdasarkan sains dan fakta yang tepat.

“Kami menegaskan, usaha mempercepatkan proses pemberian vaksin di Johor adalah langkah yang amat penting untuk membuka semula serta merancakkan sektor ekonomi negeri yang terjejas teruk akibat krisis pandemik.

“Ia juga boleh menyegerakan proses pembukaan sempadan Singapura-Johor yang akan memberi manfaat kepada pekerja tempatan, termasuk ekonomi negara,” tambahnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top