BM | EN | 中文

PH BERKHIDMAT KEPADA SEMUA

IMG-20191109-WA0029.jpg

 

PONTIAN, 9 NOV: Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin.

Beliau yang juga merupakan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) berkata, ia sejajar dengan semangat Malaysia Baru, sejak PH mengambil alih pentadbiran negara ini.

Calon P165 Tg Piai, Karmaine Sardini bersama aktivis Pakatan Harapan di pasar lambak Pekan Nanas

“Saya rasa apabila kita di Malaysia Baru, perbezaan yang paling utama bukanlah antara orang Melayu jaga Melayu atau orang Cina jaga Cina atau orang India jaga India.

 

“Malah, siapa jua wakil rakyat dari PH (tidak kira kaum atau agamanya), dia akan jaga semua masyarakat di seluruh kawasannya,” kata Bee Yin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai parti pembangkang (MCA) yang memberi tumpuan bagi menjaga kebajikan komuniti Tionghua.

Sementara itu kata Bee Yin, calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Karmaine Sardini merupakan seorang yang professional dan progresif.

“Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidangnya selain mempunyai kelebihan sebagai orang tempatan,” kata Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Bakri.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top