BM | EN | 中文

PH AKTIFKAN JENTERA HADAPI PRK TANJUNG PIAI – SALAHUDDIN

salahuddin-ayub.jpg
Advertisement

KLUANG, 29 SEPT: Pakatan Harapan (PH) Johor sudah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Pengarah Pilihan Raya PH Johor, Datuk Salahuddin Ayub berkata beberapa mesyuarat awal telah berlangsung sebagai persiapan awal menghadapi PRK tersebut.

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani berkata, beliau dan Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal juga akan mengadakan taklimat bersama jentera PH di Pontian hari ini bagi melancarkan gerak kerja sempenan PRK tersebut.

Advertisement

“Rakan-rakan di dalam PH hari ini sudah mula menggerakkan usaha dengan memastikan pusat dan pejabat-pejabat pilihanraya sudah dibuka. Kita (PH) sedang tunggu Suruhanjaya Pilihan Raya. (pengumuman tarikh penamaan calon dan hari mengundi).

“Dari segi persediaan sama ada mesyuarat dan logistik, sedang diperkemas. Saya sudah memimpin mesyuarat minggu lepas di Tanjung Piai dan sekarang hampir setiap malam kita ada mesyuarat di unit-unit peti undi untuk mereka (jentera) siapkan apa yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melancarkan baka baharu kambing dan merasmikan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Ternakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), di sini semalam.

Advertisement

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 Sept akibat dari komplikasi jantung.

Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan majoriti 524 undi.

Beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (Barisan Nasional) dan Nordin Othman (PAS) dengan memperoleh 21,255 undi diikuti Wee dengan 20,731 undi dan Nordin 2,962 undi.

Advertisement

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan bahawa mesyuarat khas akan diadakan pada 1 Okt ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK Parlimen Tanjung Piai.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top