BM | EN | 中文

PH AGIH ALAT TULIS KEPADA PELAJAR HADAPI PT3, SPM DAN STPM

md-din-berucap-e1570526032143.jpg
Advertisement

KLUANG, 8 OKT : Pakatan Harapan (PH) Tenggara mengagihkan sebanyak 1,097 set alat tulis kepada empat buah sekolah yang berada di bawah parlimen tersebut.

Sumbangan itu membabitkan 514 pelajar yang menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang sedang berlangsung.

Selain itu, sebanyak 474 set alat tulis turut diagihkan kepada pelajar yang bakal berdepan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan sebanyak 109 alat tulis diagihkan kepada untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Advertisement

Antara pelajar yang terlibat dalam penyampaian set alat tulis 

Empat sekolah yang terlibat dalam program ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara 2, SMK Sri Pinang dan SMK Sultan Alauddin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Amanah Kawasan Tenggara, Md Nordin Moner berkata, sumbangan ini adalah usaha bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak dalam menduduki peperiksaan besar di sekolah.

Menurutnya, sumbangan itu diharap dapat memberi galakan kepada pelajar untuk bersedia secara langsung dalam menghadapi peperiksaan.

Advertisement

“Kita harap juga sumbangan ini dapat membakar semangat para pelajar dan usaha ini dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan di sini.

“Ini adalah antara usaha kami dari PH untuk memberikan galakan secara fizikal mahupun secara mental,” katanya lagi.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak sekolah yang terbabit atas kesudian menjayakan program ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top