BM | EN | 中文

PGB lulus projek pemampat gas di Kluang

Bandar-Kluang-Johor.jpg

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Petronas Gas Bhd (PGB) meluluskan ‘keputusan pelaburan akhir’ (FID) membabitkan pembinaan projek stesen pemampat gas baharu di Kluang, Johor dengan kos pelaburan sejumlah RM460 juta.

Syarikat itu akan membina dan memasang stesen yang bertujuan meningkatkan kapasiti gas Peninsular Gas Utilization (PGU) II, khususnya di wilayah selatan, sebagai sebahagian daripada perniagaan pengangkutan gas PGB.

“Kapasiti gas tambahan yang terhasil daripada projek ini akan merangsang pertumbuhan permintaan gas daripada pelbagai industri di wilayah selatan dan menyediakan jaminan bekalan kepada pengguna gas yang sedia ada di rantau ini,” katanya, lapor BH Online.

Petronas Gas Bhd menyatakan demikian dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Projek ini selesai dan ditauliahkan pada suku pertama 2024.

“PGB akan menggunakan kemudahan pembiayaan Islam daripada RHB Islamic Bank Bhd untuk membiayai kos projek,” kata syarikat itu.

Tambahnya, tiada kesan material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top