BM | EN | 中文

PGB DAN GRAND PARAGON HOTEL KERJASAMA DENGAN HSA ANJUR KEMPEN DERMA DARAH

IMG-20191018-WA0007.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OKT – Paragon Globe Berhad (PGB) dan Hotel Grand Paragon, di sini bekerjasama dengan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini menganjurkan Kempen Derma Darah.

Program yang diadakan pada Isnin lepas bermula jam 10 pagi hingga 4 petang di Hotel Grand Paragon, di sini, mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut Pengurus Besar Hotel Grand Paragon, Yeo Siu Ling, kempen ini bertujuan mempromosikan kesedaran kesihatan dalam kalangan pekerjanya.

Advertisement

“Objektif kempen ini adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan para pekerja.

“Kempen derma darah ini juga tidak terhad kepada pekerja sahaja malah turut terbuka kepada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambah Siu Ling lagi, derma darah merupakan aktiviti paling mudah untuk menyelamat nyawa bagi yang memerlukan.

Advertisement

“Sebagai organisasi yang fokus kepada masyarakat, kita akan berusaha mencari jalan untuk menyumbang kepada masyarakat,” katanya lagi.

Ujarnya, kempen berkenaan telah dianjurkan tujuh tahun berturut-turut sejak 2013 lagi yang merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat mereka.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top