BM | EN | 中文

PGA rampas 190 karton rokok

IMG-20200215-WA0011.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 FEB: 190 karton rokok seludup pelbagai jenama telah dirampas dalam Op Nyah 1 Johor yang dijalankan dk Kangkar Pulai, pada jam 5 petang kelmarin.

Tujuh anggota Op Nyah 1 Johor terdiri daripada Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) turut menahan seorang lelaki dan merampas wang tunai sebanyak RM4,453.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Supritendan Ja’afar Kaimi berkata, keseluruhan nilai rampasan termasuk rokok seludup ialah RM68,635.

Advertisement

“Suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mengedar rokok seludup ke kedai-kedai runcit disekitar kawasan Johor Bahru.

“Suspek telah ditahan manakala kesemua barang telah dirampas di bawah kesalahan Akta Kastam 1967.

“Tangkapan dan rampasan seterusnya diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top