BM | EN | 中文

PGA Johor tumpaskan kegiatan proses arak tiruan bernilai RM2.14 juta

PGA-Johor-tumpas-kegiatan-proses-arak-tiruan-bernilai-RM2.14-juta.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OGOS: Batalion Kelima Pasukan Gerakan Am (PGA5) menumpaskan kegiatan memproses arak tiruan yang disyaki menggunakan pelekat palsu kastam dengan melibatkan rampasan arak bernilai RM2.14 juta menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbuan yang dilakukan PGA5 Simpang Renggam bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara itu dilakukan pada 8.10 pagi di rumah berkenaan yang turut dijadikan tempat penyimpanan arak tidak bercukai itu.

Katanya, serbuan itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan dan empat lelaki warga asing berusia 27 hingga 41 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Advertisement

“Kegiatan ini telah beroperasi sejak lima bulan lepas dan is dipasarkan untuk pasaran tempatan dengan disyaki menggunakan pelekat kastam yang palsu.

“Kalau kita lihat jenama arak yang dirampas ini juga adalah mahal dan kalau orang biasa lihat tidak akan dapat membezakan sama ada is adalah arak palsu atau tidak: katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata rampasan lain dalam serbuan itu termasuk 20 tong biru berisi cecair pati arak dengan 40 peratus kandungan alkohol, 20 gelen pati arak dengan 100 peratus kandungan alkohol, 45 kotak jenama Jameson Triple Distilled Irish Whiskey dan 30 kotak jenama King Robert.

Advertisement

Selain itu, 28 kotak Jenama Chivas Regal Blended Scotch Whiskey, dua tong pati arak, dua unit pam air untuk memproses arak, dua unit bench drilling machine, 20,000 pelekat kastam disyaki palsu, sebuah lori Daihatsu Delta dan sebuah Nissan Cefiro.

Ayob Khan pada masa sama, yakin terdapat lagi premis yang dijadikan tempat memproses arak tiruan itu dan akan melakukan siasatan bagi mengesan individu lain yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau berkata dua individu tempatan itu direman selama 10 hari bermula hari ini, manakala empat warga acing berkenaan pula selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 75 Akta Eksais 1976.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top