BM | EN | 中文

Petugas Task Force Covid-19 Selangor bangunkan ubat antivirus

antivirus-covid-19.jpg

Gambar Ehsan Selangorkini / Reuters

Advertisement

SHAH ALAM, 30 APR: Salah seorang ahli pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) sedang membangunkan ubat antivirus bagi melawan wabak Covid-19 yang masih menjejaskan kehidupan seluruh penduduk dunia.

Pengerusi ‘Task Force Cocid-19 Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kajian berkenaan dilakukan Dekan Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

“Terdapat dua cara untuk memusnahkan Covid-19 iaitu menerusi vaksin ataupun antivirus, tetapi untuk membangunkan vaksin ia mungkin memakan masa 12 hingga ke 18 bulan, jika vaksin lambat, kita ada antivirus.

Advertisement

“Ia sedang dibangunkan Prof Adeeba dan antivirus yang sedang dikaji itu mekanismenya bertindak sedikit sama terhadap SARS-CoV-2 atau Covid-1.

“Marilah kita doakan supaya pasukan Adeeba berjaya menjalankan kajian ke atas ubat antivirus berkenaan,” katanya, seperti dilaporkan Selangorkini

Beliau berkata demikian dalam Talkshow Anak Muda 2020 yang dikendalikan Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasir menerusi Facebook baru-baru ini.

Advertisement

Turut sama dalam rancangan bual bicara itu ialah Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii dan pakar perubatan dari Jakarta, Dr Iskandar R. Budianto.

Pada 10 Mac lalu, STFC ditubuhkan untuk memantau dan mencegah penularan wabak Covid-19 di Selangor.

Selain Dzulkefly dan Adeeba, pasukan petugas itu turut dianggotai Datuk Dr Christopher Lee Kwok Choong, Datuk Dr Fadzilah Kamaludin, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Yap Wei Aun.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top