BM | EN | 中文

Petugas positif Covid-19, PUSPAKOM Johor Bahru ditutup sementara

puspakom-johor-bahru.png

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 DIS: Pejabat PUSPAKOM Johor Baharu ditutup sementara bermula esok, selepas seorang petugasnya disahkan positif COVID-19.

Menurut laporan BH Online yang memetik kenyataan PUSPAKOM semalam, petugas berkenaan kini sedang menjalani rawatan lanjut dan dikuarantin di sebuah hospital kerajaan.

“Proses pengesanan kontak sedang dijalankan dan semua petugas cawangan juga akan menjalani ujian saringan COVID-19.

Advertisement

“Mereka yang berhubung secara langsung dengan pesakit berkenaan turut diarahkan menjalani kuaratin selama 14 hari,” kata kenyataan itu.

Turut terbabit dalam penutupan berkenaan ialah Perkhidmatan Van dan Trak Bergerak (MVS & MTS).

“Ini bagi membolehkan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan secara menyeluruh,” kata kenyataan itu.

Advertisement

Susulan penutupan, pelanggan boleh menjalani pemeriksaan secara walk-in di cawangan PUSPAKOM lain sebagai langkah alternatif.

“Pemeriksaan kenderaan persendirian boleh dilakukan di PUSPAKOM Senai dan PUSPAKOM Taman Daya manakala bagi kenderaan ringan (BDM

“Bagi kenderaan berat (BDM > 5,999 kg), lokasi pemeriksaan adalah PUSPAKOM Pasir Gudang dan PUSPAKOM Kluang,” kata kenyataan itu.

Advertisement

Pembukaan semula PUSPAKOM Johor Bahru dan MVS & MTS di Johor akan dimaklumkan hari ini.

“Pihak kami akan mendapatkan nasihat dari Jabatan Pengangkutan Jalan berkaitan kelonggaran pembaharuan permit untuk kenderaan yang tamat tarikh pemeriksaan dalam tempoh operasi ditutup,” kata kenyataan itu lagi.

Khusus pelanggan yang mempunyai temujanji di PUSPAKOM Johor Bahru, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang sudah dibuat akan dipulangkan secara automatik, manakala untuk temujanji Perkhidmatan MVS & MTS, penjadualan semula akan dibuat dan dimaklumkan kepada pelanggan melalui panggilan telefon, jelas kenyataan itu.

Advertisement

“PUSPAKOM akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi situasi seperti ini dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top