BM | EN | 中文

Petugas pembersihan, keselamatan juga barisan hadapan, perlu divaksin segera – MP Kepong

Percepatkan-pemberian-vaksin-kepada-pekerja-pembersihan-petugas-keselamatan-Lim-Lip-Eng.jpg

Gambar Ehsan FB Lim Lip Eng

Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Golongan pekerja pembersihan dan petugas keselamatan adalah petugas barisan hadapan yang memerlukan pemberian vaksin Covid-19 segera untuk mereka.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pekerja-pekerja pembersihan di hospital misalnya, sentiasa terdedah dengan risiko wabak berkenaan.

Kata beliau, sama seperti pekerja pembersihan di kawasan bandar, mereka sering menguruskan sampah-sampah berbahaya seperti pelitup muka terpakai.

Advertisement

Bagi para petugas keselamatan pula, tegasnya, golongan itu bekerja sepanjang masa dan berinteraksi dengan orang ramai dalam tugasan mereka sekali gus menjadikan mereka individu yang bekerja di dalam sektor berisiko tinggi.

“Sudah tiba masanya untuk kita nilai semula siapakah golongan yang dikategorikan di dalam barisan petugas hadapan memerangi Covid-19.

“Kita sering lupa akan kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja pembersihan dan petugas-petugas keselamatan.

Advertisement

“Selain daripada kakitangan perubatan, anggota pasukan penguatkuasa dan guru, mereka ini juga antara golongan yang mempertaruhkan nyawa mereka tatkala pandemik ini sedang mengganas,” kata Lip Eng, lapor Roketkini.

Mengulas lanjut, Lip Eng menambah, desakan untuk golongan tersebut dikategorikan sebagai golongan barisan hadapan bukanlah perkara baru, bahkan sudah wujud dari awal pandemik lagi.

Malangnya, desakan tersebut tidak diendahkan oleh pihak kerajaan.

Advertisement

“Sudahlah mereka tidak diberikan elaun RM600 yang diberikan kepada golongan barisan hadapan, vaksin juga mereka tidak dapat,” katanya.

Tidak kira warganegara atau tidak, Lip Eng berkata, sudah tiba masanya golongan itu dikategorikan sebagai petugas barisan hadapan dan divaksinkan secepat mungkin.

“Adalah terlalu lambat bagi kita menunggu Fasa 3 untuk mereka divaksinasikan,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top