BM | EN | 中文

Petugas kebersihan SWM Environment turut divaksin

Petugas-kebersihan-SWM-Environment-turut-divaksin.jpg
Advertisement

KLUANG, 12 APR: Pihak SWM Environment bekerjasama erat dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi memastikan kelancaran perlaksanaan program imunisasi dalam kalangan pekerja syarikat itu sekaligus menjayakan usaha kerajaan mencapai imuniti kelompok.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ho De Leong berkata, langkah itu dilakukan secara berperingkat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Program imunisasi melengkapi pelbagai langkah pencegahan yang dilaksanakan SWM Environment sejak penularan awal COVID-19 sekaligus memastikan anggota kerja yang bertugas di lapangan dan dekat dengan masyarakat bebas daripada pandemik berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Baru-baru ini seramai 230 orang daripada 4,568 anggota SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) yang bertugas di barisan hadapan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Johor telah mula menerima suntikan vaksin.

Anggota SWM Environment Kluang dan Simpang Renggam antara dipilih PKD Kluang untuk mengetuai pemberian suntikan vaksin berkenaan di Dewan Jubli Intan Kluang.

Tambah Ho, seluruh 15 cawangan SWM Environment di negeri Johor akan menyelaras dan membantu PKD masing-masing bagi melancarkan perlaksanaan program imunisasi tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus membudayakan amalan norma baharu bagi memutuskan rantaian jangkitan pandemik COVID-19.

“Pastikan sisa pelitup muka dibuang secara tertib ke dalam tong sampah yang sekali gus melindungi orang lain terutama anggota SWM Environment di lapangan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top