BM | EN | 中文

PETRONAS mula eksport LNG pertama guna tangki ISO ke China

Petronas-Dagangan.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 APR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd (PLL) memulakan eksport gas asli cecair (LNG) ke China dengan menggunakan tangki ISO dari kemudahan pengisiannya di Pengerang, Johor.

Petronas dalam satu kenyataan semalam berkata, penghantaran tangki ISO LNG pertama itu telah dihantar ke Shanghai dari Pelabuhan Pasir Gudang di Johor pada 23 April 2021, berikutan kontrak yang ditandatangani antara Petronas dan Tiger Gas (Hong Kong) Ltd, sebuah syarikat bersekutu Tiger Clean Energy Limited (TCEL).

Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan LNG Petronas, Shamsairi M. Ibrahim, berkata eksport tangki LNG ISO yang pertama dari Semenanjung Malaysia itu adalah penyelesaian inovatif yang membolehkan LNG menjangkau pelanggan di luar grid bukan sahaja dalam negeri tetapi juga antarabangsa.

Advertisement

“Ini juga memperluaskan jangkauan penawaran sistem saluran paip maya kami yang telah kami mulakan sejak akhir tahun lalu,” katanya.

Untuk rekod, tahun lepas, Petronas dan TCEL telah menandatangani perjanjian jual beli jangka panjang untuk pembekalan LNG ke kemudahan pengisian tangki LNG ISO di Bintulu, Sarawak.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, LNG Petronas akan diedarkan ke China menggunakan tangki ISO TCEL, penghantaran pertamanya berlangsung pada 25 Mac 2021, ia berlayar dari Pelabuhan Bintulu ke Pelabuhan Long Kou, China.

Advertisement

Tangki ISO dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO).

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top