BM | EN | 中文

Petronas Marine selesai operasi pengisian LNG pertama

petronas-LNG.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui jenama Petronas Marine, berjaya menyelesaikan operasi pengisian gas asli cecair (LNG) pertamanya menerusi kapal pengisian LNG (LBV) MV Avenir Advantage di kawasan Pintu Gedung, Pelabuhan Klang.

Dalam kenyataannya semalam, syarikat petroliam nasional itu menyatakan operasi berkenaan akan membolehkan MV Solar Roma — kapal tangki Liberia yang dalam perjalanan ke Laut Mediterranean, melengkapkan pemindahan 865 meter padu LNG dari sumber Petronas Energy & Gas Trading dalam tempoh kurang 12 jam sejurus tiba di kawasan itu.

Ketua Petronas Marine Emry Mohd Tamrin berkata pengembangan operasi tersebut akan memperkukuh kedudukan serta meletakkan Petronas di hadapan bagi merebut peluang dalam pasaran penyelesaian pengisian tersebut.

Advertisement

“Perniagaan pengisian LNG Petronas itu turut memaparkan komitmen kumpulan sebagai rakan tenaga dan penyelesaian mampan serta menyokong matlamat Pertubuhan Maritim Antarabangsa untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau,” katanya.

Penyelesaian LNG terkini itu diwujudkan bagi merebut peluang di pasaran menyeluruh selain memenuhi permintaan pelanggan dan serantau terhadap bekalan tenaga Iebih bersih.

Kapal MV Avenir Advantage yang berkapasiti 7,500 meter padu itu menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan di Asia Tenggara selain turut digunakan bagi tujuan menggalakkan pengunaan LNG sebagai bahan api nnarin Iebih bersih di Pasir Gudang, Johor.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top