BM | EN | 中文

Petronas jual limbungan Teluk Ramunia kepada Serba Dinamik pada harga RM320 juta

petronas.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Serba Dinamik Holdings Bhd telah membeli limbungan pemfrabikatan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) di Teluk Ramunia, Johor pada harga RM320 juta.

Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global itu berkata, limbungan seluas 68.78 hektar itu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kerja-kerja pemfrabikatan keluli platform luar pesisir dan struktur lain sehingga 50,000 tan.

“Disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Kompleks Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang, cadangan pengambilalihan ini merupakan satu peluang bagi Kumpulan Serba Dinamik untuk menceburi segmen perkhidmatan marin dan luar pesisir di lokasi strategik,” kata pemain huluan luar pesisir itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Advertisement

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Datuk Dr Ir Mohd Karim Abdullah berkata syarikat itu mempunyai banyak peluang dalam mengembangkan keupayaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

“Peluang ini bukan sahaja wujud di Malaysia tetapi di seluruh rantau dan Timur Tengah. Dengan perjanjian ini serta penambahan dalaman yang lain, kami percaya bahawa kami akan dapat memperkembangkan lagi keupayaan kumpulan.

“Kemudahan ini akan membantu dalam menunaikan pelbagai usaha dalam kontrak, dan dengan itu akan mengukuhkan lagi aktiviti kumpulan di persisiran pantai serta luar pesisir termasuk meningkatkan lagi rantaian nilai kami dalam pekerjaan penyelenggaraan dan EPCC,” katanya

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top