BM | EN | 中文

“Peti sejuk rosak boleh diganti, semangat kejiranan ikhlas bukan senang nak bina” – Adun Paloh

Adun-Paloh-penduduk-setempat-bantu-beli-peti-sejuk-Kg-Gajah.jpg
Advertisement

KLUANG, 23 JAN: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Demikian contoh semangat yang dipamerkan penduduk di Kampung Gajah, Kahang disini bagi membantu jiran mereka yang ditimpa musibah banjir.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dalam kiriman di laman Facebook beliau semalam berkongsi kisah mengenai semangat tolong-menolong di kalangan tetangga bagi membantu jiran mereka yang berdepan kesukaran.

Menurut Sheikh Umar, beliau bersama Goh Peng Hong, mantan ketua masyarakat di Kampung Gajah berusaha membantu keluarga Encik Subra, yang mengalami musibah banjir baru-baru ini yang memerlukan peti sejuk bagi kegunaan keluarga.

Advertisement

“Rumah beliau dilanda banjir baru-baru ni. Banyak alat-alat elektrik dan perabot yang rosak. Saya ambil inisiatif untuk bantu belikan peti sejuk.

“Jiran tetangga di Kampung Gajah ni ada yang berniaga kedai elektrik dekat Batu 2, Kluang. Saya dan Goh Peng Hong mohon agar kami boleh dapatkan peti sejuk terpakai.

“Alhamdulillah. Atas semangat muafakat, kami diberikan sebuah peti sejuk terpakai yang masih baik dengan harga yang murah. Semuanya atas niat nak bantu sesama jiran tetangga yang sedang dalam kesusahan.

Advertisement

“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban Uncle Subra sekeluarga,” kata Sheikh Umar.

Sheikh Umar yang juga Ketua DAPSY Johor berkata, dengan melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat dan mengambil masalah dihadapi jiran tetangga, orang ramai berupaya menerapkan nilai murni di dalam diri.

“Benarlah, muafakat itu berkat. Peti sejuk yang rosak, boleh dicari ganti. Tapi semangat kejiranan yang ikhlas, bukan senang kita nak bina.

Advertisement

“Semoga muafakat kejiranan ini kekal selamanya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top