BM | EN | 中文

‘Pesta durian’ libat ahli parlimen Batu Pahat: AMK Johor lapor polis

Pesta-durian-libat-ahli-parlimen-Batu-Pahat-AMK-Johor-lapor-polis-Yuneswaran.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JUN: Sayap parti PKR, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor membuat laporan polis mengenai timbalan speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua AMK Johor, R Yuneswaran berkata, beliau mendapati timbalan speaker Dewan Rakyat merangkap ahli parlimen Batu Pahat itu ada dalam sebuah video pesta durian yang tular semalam.

“Beberapa gambar dan video tular dalam media sosial membuktikan ada sekumpulan orang yang melanggar SOP PPN dalam waktu PKP 3.0.

Advertisement

“Oleh demikian, kami mohon pihak PDRM untuk membuat siasatan lanjut dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika didapati melanggar undang-undang, ordinan darurat atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988.

“Kerajaan tidak boleh mengamalkan sistem dua darjat dan layanan berbeza untuk orang atasan dan rakyat dalam soal SOP, PKP 3.0, PPN yang sedang dalam penguatkuasaan,” kata Yuneswaran.

Beliau memaklumkan anggota AMK di beberapa kawasan di Johor juga akan turut menyusuli dengan laporan bagi tindakan lanjut.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis Batu Pahat Ismail Dollah berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu selepas menerima laporan mengenai rakaman video yang memaparkan Rashid menyertai kenduri durian.

“Kita akan panggil YB (Rashid Hasnon) dalam tempoh terdekat selepas dia kembali dari Kuala Lumpur. Kita sudah berhubung dengannya dan dia akan beri kerjasama sepenuhnya,” kata Ismail.

Dalam pada itu, Rashid Hasnon mengakui menghadiri jamuan durian baru-baru ini dan bukan tahun lalu seperti yang didakwa sebelumnya.

Advertisement

Dia juga meminta maaf atas kesalahannya dan berjanji akan memberikan kerjasama dengan pihak polis yang sedang menyiasat insiden itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top