BM | EN | 中文

Pesta Buku Selangor tawar hadiah cabutan bertuah hampir RM50,000

Pesta-Buku-Selangor-tawar-hadiah-cabutan-bertuah.png
Advertisement

SHAH ALAM, 14 NOV: Pesta Buku Selangor 2021 akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini mulai 2 hingga 12 Disember menawarkan hadiah cabutan bertuah hampir RM50,000 secara keseluruhan.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad berkata daripada jumlah itu pembeli bertuah bakal membawa pulang RM500 secara tunai pada setiap hari.

“Kita tidak mengenakan sebarang syarat pembelian sebaliknya pembeli hanya perlu mengisi borang dan menyatakan jumlah dibelanjakan pada pesta itu kemudian masukkan ke dalam kotak cabutan bertuah.

Advertisement

“Menariknya mereka yang membeli secara dalam talian juga boleh menyertainya manakala keputusan juga akan diumumkan setiap hari,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurut Mastura, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang 11 hari pesta itu berlangsung antaranya pertandingan e-sukan, asah kreativiti bermain lego, cara mengguna dron dan pertanian bandar (urban farming).

Selain itu, beliau berkata PPAS turut menganjurkan seminar menulis bagi kanak-kanak dengan panel jemputan penulis dan sasterawan terkemuka serta seminar keibubapaan juga terapi ucapan bagi anak autisme atau lambat bertutur.

Advertisement

“Menariknya semua aktiviti ini turut diadakan secara dalam talian selaras dengan tema iaitu ‘Menghubungkan Hati dan Minda’…meskipun pandemik Covid-19 orang ramai masih boleh sertai mengguna pelbagai medium yang ada,” katanya.

Pesta Buku Selangor 2021 anjuran PPAS menyediakan 152 gerai jualan termasuk penyertaan pempamer pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa.

Turut tidak dilupa golongan orang kelainan upaya dan warga emas, pesta buku kali ini juga menyediakan skuter dan kerusi roda sebgaai alternatif memudahkan mereka mengelilingi dewan untuk memilih buku kegemaran.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top