BM | EN | 中文

Peserta ijtimak tabligh dari Johor diminta lapor diri di JAINJ segera

tosrin-jarvanthi.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 MAC: Semua individu dari negeri ini yang hadir ke perhimpunan (ijtimak) kumpulan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur pada akhir bulan lepas diminta segera melaporkan kehadiran mereka kepada pejabat kesihatan atau jabatan agama negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata kesemua mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu diminta melaporkan diri ke Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) daerah atau pejabat kesihatan daerah dengan kadar segera.

“Seperti mana yang telah diberitakan iaitu perhimpunan ijtimak (perhimpunan) tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020 yang lalu, maka dengan ini diarahkan mana-mana kumpulan tabligh, persatuan atau wakil daripada jabatan kerajaan (jika ada), pusat-puat tahfiz atau mana-mana kumpulan dan pertubuhan yang hadir dari negeri Johor diminta melaporkan kehadiran mereka di majlis tersebut kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah dengan segera,” kenyataan tersebut dipetik.

Advertisement

Rabu lalu, Kementerian Kesihatan meminta peserta yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Feb hingga 1 Mac lepas supaya tampil dan memberi kerjasama kepada agensi itu bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak terus merebak dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk kira-kira 5,000 peserta dari Malaysia.

Baru-baru ini, kes pertama positif COVID-19 di Brunei dilaporkan, dipercayai dijangkiti ketika menghadiri majlis keagamaan di negara ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top