BM | EN | 中文

Pesawat tentera udara Singapura terbang di ruang udara Johor kerana latihan FPDA – Panglima ATM

pesawat-tentera-udara-singapura-fpda-ATM-pasir-gudang.png
Advertisement

PASIR GUDANG, 21 OKT: Pesawat Tentera Udara Republik Singapura yang terbang rendah di ruang udara daerah Pasir Gudang sejak awal Oktober 2021 merupakan sebahagian dari aset yang terlibat dalam latihan ketenteraan pelbagai hala bagi negara-negara anggota Peraturan Pertahanan Lima Negara atau Five Power Defence Arrangements (FPDA).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Datuk Sri Affendi Buang mengulas kenyataan ahli parlimen Pasir Gudang, di laman media sosial beliau berdasarkan aduan orang ramai serta penduduk setempat,

“Latihan ketenteraan yang dikenali sebagai Eksesais BERSAMA GOLD 2021 ini dianjurkan oleh Malaysia bermula 8 hingga 18 Oktober 2021.

Advertisement

“Ia disertai oleh negara-negara anggota FPDA iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom bersempena Sambutan 50 Tahun FPDA serta terlibat di acara terbang lintas (fly-past) pada 21 Oktober 2021.

“Sepanjang latihan, semua pesawat tentera negara-negara anggota (FPDA) iaitu Australia, New Zealand dan United Kingdom telah ditempatkan di Singapura.

“Manakala pesawat kepunyaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), beroperasi dari Pangkalan Udara di Malaysia.

Advertisement

“Ini menyebabkan peningkatan trafik udara di sekitar ruang udara negara khususnya di selatan Johor berhampiran Pasir Gudang,” kata Affendi dalam kenyataan.

Katanya, penerbangan pesawat-pesawat ini telah mendapat kelulusan diplomatik bagi tujuan latihan tersebut dan kawasan ruang udara Pasir Gudang yang merupakan laluan penerbangan yang dibenarkan sewaktu latihan berkenaan berlangsung.

“Sehubungan itu, ATM menyarankan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Johor terutamanya,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top