BM | EN | 中文

Pesawat ringan buat pendaratan cemas di lebuhraya PLUS dekat Kulai

Pesawat-ringan-buat-pendaratan-cemas-di-lebuhraya-PLUS-dekat-Kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 22 NOV: Sebuah pesawat ringan melakukan pendaratan cemas di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Kulai, pagi ini.

Pesawat yang dikendalikan dua juruterbang itu selamat mendarat tanpa sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata, kedua juruterbang berkenaan adalah warga Singapura.

Advertisement

Kata Asyraf, pesawat jenis Beechcraft Bonanza N5045B itu dikendalikan Dr Yang Kuang Ying, 52, dan juruterbang kedua, Saleehullah Abdul Majid, 41.

Menurut beliau maklumat awal mendapati pihaknya dimaklumkan bahawa pesawat ringan mengalami kerosakan enjin.

“Pesawat berkenaan sudah dialihkan ke kawasan lapang berumput kira-kira 100 meter dari lokasi ia mendarat bagi melancarkan pergerakan trafik.

Advertisement

“Proses mengalihkan pesawat mengambil masa 30 minit membabitkan pihak bomba, polis serta PLUS,” katanya.

Difahamkan pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.13 pagi dan menggerakkan satu jentera bersama sepuluh anggota ke lokasi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top