BM | EN | 中文

PESAWAH JOHOR DIKURANGKAN CUKAI TANAH 50 PERATUS

IMG-20191123-WA0011.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Kerajaan negeri Johor mengurangkan cukai tanah sebanyak 50 peratus kepada golongan pesawah padi di negeri ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam pembentangan Belanjawan Johor 2020, Jumaat lalu.

Menurut Dr Sahruddin, kerajaan Johor telah membuat semakan semula kadar cukai tanah yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.
“Namun, langkah ini dijangka tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah khususnya B40.

Advertisement

“Justifikasinya (antaranya), pengurangan cukai tanah sebanyak 50 peratus kepada golongan pesawah padi,” kata Dr Sahruddin.

Selain itu katanya tiada kenaikan cukai tanah yang melibatkan Rumah Kediaman Strata Kos Rendah dan Sederhana.

Manakala golongan petani di negeri Johor juga akan mendapat manfaat berikutan penghapusan cukai parit dan tali air.

Advertisement

Statistik Jabatan Pertanian pada 2018 melaporkan, terdapat kira-kira 1,017 pesawah di Johor, manakala keluasan bertanam lebih 3,000 hektar dengan pengeluaran lebih 12,000 metrik tan padi.

Antara kawasan penanaman padi di Johor ialah di Kampung Sawah Sagil, Batu Pahat, Kampung Sungai Balang dan Kampung Kesang Tasik di Muar, Kampung Sawah Ring, Tangkak, KOREF Eco Farm, Kahang di Kluang, Kampung Tenglu Laut dan Kampung Semaloi di Mersing.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top