BM | EN | 中文

Pesara dakwa rugi RM16,000 ditipu anak saudara

pdrm-polis.jpg
Advertisement

KUANTAN, 22 SEPT: Seorang pesara membuat laporan polis mendakwa kerugian RM16,000 selepas ditipu anak saudaranya bagi melepaskan anaknya yang ditahan polls bagi kesalahan berkaitan dadah, Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 62 tahun mendakwa menerima pesanan WhatsApp daripada seorang lelaki kononnya anggota polls berpangkat ASP pada 6 Julai lepas, berhubung tangkapan anaknya oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

“Suspek mendakwa boleh membantu melepaskan anaknya, namun perlu berurusan dengan anak saudaranya berhubung prosedur selanjutnya dan wang RM16,000 perlu disediakan bagi tujuan tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Mohd Wazir berkata mangsa telah meminta isterinya membuat transaksi pemindahan wang secara dalam talian sebanyak empat kali ke akaun yang dikatakan milik ASP itu antara 17 dan 25 Julai lepas.

Bagaimanapum mangsa hanya menyedari ditipu selepas dihubungi polls pada 31 Julai lepas memaklumkan anaknya akan dihantar ke Simpang Renggam, Joho menyebabkan dia menghubungi anak saudaranya bagi mendapatkan penjelasan dan dipulangkan wang yang telah dibayar.

Namun suspek enggan berbuat demikian sehingga semalam, menyebabkan mangsa membuat laporan di IPD Jerantut.

Advertisement

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top