BM | EN | 中文

PESAKIT KANSER TERHARU DENGAN LAWATAN SULTAN JOHOR KE PPS BANJIR DI KLUANG

sultan-ibrahim-4.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 DIS : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Kluang hari ini bagi meninjau situasi banjir di daerah berkenaan.
Baginda Tuanku Sultan tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Kampung Tengah 1 yang menempatkan 311 mangsa daripada 75 keluarga sehingga jam 12.45 tengah hari.

Bagi Salamin Yusoff, 53, dari Kampung SC, Kluang yang kini menghidap kanser paru-paru tahap 4 cukup terharu dengan keberangkatan Sultan Johor.

“Saya tiba di PPS ini semalam dari Hospital Sultan Ismail dan tidak sempat pulang ke rumah sebelum dimaklumkan rumah dinaiki air.

Advertisement

“Langsung tidak sangka Baginda akan berangkat ke sini dan cukup terharu dengan lawatan Baginda yang turut bertanyakan khabar dan perkembangan kesihatan saya,” kata Salamin.

Baginda Tuanku Sultan kemudian berangkat ke PPS SMK Seri Perdana yang menempatkan 407 mangsa dari 108 keluarga sebelum ke PPS Balai Raya Kampung Bentong Dalam.

Seramai 82 mangsa dari 27 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka sejak 14 Disember lalu.
Terdahulu, Pegawai Daerah Kluang, Ismail Abu turut mempersembahkan taklimat mengenai situasi banjir di daerah berkenaan kepada Sultan Ibrahim.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top