BM | EN | 中文

Pesakit Covid-19 perlu ditempatkan semula di PKRC – Adun Jementah

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 11 MEI: Adun Jementah, Tan Chen Choon mencadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumpulkan, menempatkan dan merawat semua pesakit positif Covid-19 di Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Katanya, kaedah kuarantin kendiri di rumah yang dilaksanakan semula baru-baru ini bukan strategi terbaik mencegah jangkitan Covid-19.

“Kita sedia maklum, penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti bukan hanya berlaku, namun penularan jangkitan kepada komuniti telahpun berlanjutan sejak lama.

Advertisement

“Tuduhan Menteri Kesihatan Malaysia terhadap pesakit kes positif Covid-19 yang tidak melaporkan kes tersebut kepada KKM bagi menjalani ujian saringan, pengawasan dan pemerhatian adalah sangat separa dan tidak tepat sekali.

“Sebaliknya, tuduhan Menteri Kesihatan itu hanya mencari kambing hitam kerana kegagalan jabatannya dalam merancang, mengkaji serta melaksanakan strategi pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan Covid-19,” kata Tan dalam satu kenyataan.

Ujarnya lagi, sebelum ini Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) memberi arahan kuarantin kendiri di rumah kepada pesakit bergejala positif Covid-19, selepas pesakit tersebut menghubungi PKD.

Advertisement

Namun, KKM menyalahkan mereka yang mengikut arahan PKD (kuarantin kendiri) sebagai punca penularan jangkitan Covid-19 di dalam komuniti.

“Adakah sikap ini patut ditunjukkan oleh KKM?

“Ada senario pesakit positif Covid-19 telah menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah beberapa hari, kemudian baru dihubungi PKD bagi prosedur pencegahan Covid-19 selanjutnya seperti ujian saringan RT-PCR.

Advertisement

“Senario ini amat membahayakan kerana berkemungkinan besar penyakitnya bertambah serius dan sudah terlepas masa rawatan terbaik (golden window)

“Siapakah yang harus bertanggungjawab? soal Tan lagi.

Tambah beliau lagi, strategi pencegahan pandemik Covid-19 KKM yang berubah dari semasa ke semasa ialah punca utama penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti, selain kelemahan sistem menjejak kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19.

Advertisement

“Kerajaan wajib menambahbaik sistem menjejaki kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

“Adakah kerajaan mempunyai perancangan iaitu penubuhan satu daerah satu PKRC sementara bagi memudahkan para petugas hadapan menguruskan, menempatkan dan memberi rawatan kepada pesakit positif Covid-19? soal Tan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top