BM | EN | 中文

Pesakit Covid-19 kuarantin kendiri di Tangkak ditemukan meninggal dunia di rumah

takziah.jpg
Advertisement

MUAR, 28 JUL: Seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir di Tangkak, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.48 pagi.

Beliau berkata kematian pesakit itu, Zuraimi Abd Aziz, 51, disedari oleh anak saudaranya ketika menghantar bekalan makanan apabila menemukan mangsa yang dipercayai tinggal seorang diri di rumah berkunci itu, tidak sedarkan diri.

Advertisement

“Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini masih belum disentuh, menyebabkannya bertindak menjenguk melalui tingkap dan menyedari bapa saudaranya sudah terbaring.

“Anak saudaranya kemudian bertindak menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada bomba untuk melihat keadaan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata pegawai perubatan yang datang kemudian mengesahkan mangsa positif Covid-19 dan telah meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat positif Covid-19.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top