BM | EN | 中文

Peruntukkan RM60,000 untuk sambutan Tahun Baharu Cina di Kulai

IMG-20200115-WA0004.jpg
Advertisement

KULAI, 15 JAN: Sebanyak RM60,000 telah diperuntukkan melalui pejabat Ahli Parlimen Kulai bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina di kawasan parlimen tersebut.

Pembantu Peribadi Ahli Parlimen Kulai, Wong Bor Yang berkata, peruntukan itu akan dimanfaatkan 10 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan Kulai.

Wong Bor Yang

Katanya, RM30,000 daripada peruntukkan itu akan diserah kepada MPKK terbabit untuk perhiasan manakala selebihnya untuk membuat program rumah terbuka atau sumbangan kepada yang memerlukan.

Advertisement

“Tujuannya adalah supaya MPKK lebih aktif semasa musim perayaan kerana kita tahu kawasan kampung akan dikunjungi dan menjadi tumpuan orang ramai.

“Kita harap perkara ini akan menjadi fenomena baharu dan menjadi daya tarikan mereka yang berkerja di perantauan untuk balik ke kampung.

“Jumlah peruntukkan akan diagihkan mengikut kawasan atau MPKK yang terlibat mengikut kadar keperluan MPKK terbabit,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, ADUN Senai, Tee

Tee Boon Tsong

Boon Tsong pula berkata, program seperti ini bukan pertama kali dilakukan dan ia bertujuan untuk menarik perantau agar pulang ke kampung halaman.

“Selain menarik perhatian perantau untuk pulang ke kampung, aktiviti seperti ini turut memupuk semangat kejiranan yang tinggi dalam kalangan komuniti.

Advertisement

“Kita mahu komuniti di sini merasakan seluruh taman ini adalah rumah mereka. Ia bermaksud semua komuniti akan menjaga taman mereka dari pelbagai sudut dan majmuk,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk Kampung Baru Saleng, Lee Zewei, 32, berkata, inisiatif ini akan memeriahkan lagi sambutan perayaan pada tahun ini.

Lee Zewei

“Kita berharap agar masyarakat dapat bersama-sama dalam menjayakan program ini dan ini adalah suatu kegembiraan bagi kami dalam menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya.

Advertisement

Antara MPKK yang terlibat adalah Bukit Batu, Sedenak, Air Bemban, Sengkang, Saleng, Senai, Seelong dan Ulu Choh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top