BM | EN | 中文

PERUNTUKKAN RM3 JUTA UNTUK PEMULIHAN JETI

salahuddin-ayub-3.jpeg
Advertisement

PONTIAN, 13 OKT : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM3 juta untuk penambahbaikan jeti di kawasan Tanjung Piai, di sini.

“Permasalahan jeti nelayan ini akan diselesaikan dan peruntukkan telah saya mohon kepada kerajaan. Alhamdulillah, permohonan saya telah didengari oleh pihak kerajaan untuk meluluskan peruntukkan tersebut.

“Selain itu, kementerian pertanian bersama-sama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memantau beberapa jeti yang bermasalah serta pihak kami akan menyediakan kelengkapan yang masih belum mencukupi,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan melibatkan seramai 406 penerima membabitkan sumbangan sebanyak RM80,400 di Parlimen Tanjung Piai di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin turut menyatakan penghargaan kepada kerajaan pusat yang menaikkan elaun sara hidup nelayan dalam Belanjawan 2020 daripada RM200 kepada RM250.

“Mulai tahun depan (2020), kerajaan dalam belanjawan telah menaikkan elaun sara hidup nelayan sebanyak RM250.

Advertisement

“Dalam pada yang sama, saya akan berusaha keras untuk mengeluarkan nelayan dari hidup pada gred B40 kepada kehidupan yang lebih baik dengan mencari kaedah alternatif pendapatan selain pekerjaan nelayan,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau akan menggerakkan pegawai dari LKIM untuk mencari nelayan-nelayan miskin yang telah disahkan melalui rujukan ketua kampung, penghulu dan sebagainya untuk membantu golongan itu.

“Kita juga akan membantu seperti menyediakan ruang perniagaan sekiranya ahli keluarga nelayan itu mampu menghasilkan atau sudah menghasilkan produk-produk makanan secara kecil-kecilan,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, beliau memberitahu sedang berunding dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam usaha membantu para nelayan mencarum bagi memastikan mereka dilindungi sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top