BM | EN | 中文

PERUNTUKAN RM200,000 BAIKPULIH DEWAN SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

wong-shu-qi-sk-perempuan-bandar-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 14 SEPT: Pejabat Parlimen Kluang memperuntukkan RM200,000 bagi membantu pelaksanaan kerja-kerja baikpulih dewan Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar Kluang.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, berkata peruntukan disalurkan berikutan insiden seorang guru yang jatuh terjerlus dari tingkat dua sekolah tersebut.

“Dalam usaha untuk menangani permasalahan dewan yang kian usang, pihak saya telah menyalurkan peruntukan bagi mengekalkan fungsi dan peranan bangunan ini.

Advertisement

“Saya turut difahamkan dewan sekolah ini merupakan bangunan warisan dan telah dibina sejak tahun 1935,” katanya dalam satu kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook rasminya.

Beliau berkata, bagi memastikan kerja-kerja baikpulih berjalan dengan lancar, pihaknya akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

“Pejabat saya juga akan memberi bantuan serta kerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikkan peruntukan yang disalurkan digunakan dengan sebaik-baiknya,” kata Shu Qi.

Advertisement

Terdahulu, Shu Qi membuat lawatan ke sekolah tersebut yang turut disertai wakil pejabat DUN Mahkota, wakil pejabat pendidikan daerah, ahli majlis, ketua kampung dan ketua masyarakat.

Selain peruntukan dari pejabat parlimen Kluang, SK Perempuan Bandar Kluang sebelum ini turut mengadakan majlis jamuan pada Mac lalu bertujuan mengutip derma bagi membaikpulih dewan berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top