BM | EN | 中文

PERUNTUKAN RM15 JUTA UNTUK TOURISM JOHOR, SEMARAK TMJ 2020

IMG-20191121-WA0040.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV: Bagi menyemarakkan Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ 2020) dan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY 2020), kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada Tourism Johor.

Peruntukan ini akan memberikan fokus kepada penambahbaikkan infrastruktur pelancongan, aspek promosi dan penganjuran acara pelancongan.

Advertisement

“Ini merupakan peruntukan yang tertinggi dalam sejarah berbanding RM3 juta hingga RM8 juta pada tahun sebelum ini,” kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Beliau berkata, antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah meningkatkan dan membangunkan kemudahan asas, mempromosi penganjuran acara pelancongan, memperhebat promosi tarikan pelancong dan memperkasa pengiklanan TMJ 2020.

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan mewujudkan insentif pakej pelancongan terbaik kepada ejen-ejen pelancongan serta memperluas aktiviti lawatan pengenalan produk atau Fam Trip,” katanya.

Advertisement

Dr Sahruddin berkata, segmen pelancongan desa seperti homestay, kampungstay dan agrostay akan digalakkan kerana dapat mempamerkan keunikan budaya setempat selain meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.

“Kerajaan negeri juga akan memperkenalkan laluan penerbangan yang baharu melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dimana laluan tersebut merupakan tambahan kepada 11 penerbangan domestik dan tujuh penerbangan antarabangsa sedia ada,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor juga telah menyediakan beberapa inisiatif untuk menyemarakkan kempen TMJ 2020 dan VMY 2020 dengan mempergiatkan pembangunan industri pelancongan serta dasar polisi pelesenan pelancongan.

Advertisement

“Antaranya termasuklah program Pengalaman Homestay Malaysia dan Visit MyKampung, inisiatif tabung khas pelancongan dan pengikhtirifan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA).

“Selain itu termasuklah mengembangkan pembangunan kerjaya di sektor pelancongan serta mengalakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan sektor tersebut dengan melesenkan syarikat-syarikat agensi pelancongan bagi menjamin kelestarian industri pelancongan negara,” katanya.

JohorKini

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top