BM | EN | 中文

Peruntukan RM1 juta untuk menjalankan kerja-kerja menaik taraf di tebing sungai Sungai Muar

dr-sahruddin-4.jpg

Dr Sahruddin (kanan) semasa lawatannya di Galeri Darurat. Turut hadir; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (dua, kanan) dan Speaker Dewan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat (dua, kiri)

Advertisement

MUAR, 23 FEB: Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih tebing sungai Sungai Muar di kawasan cadangan tapak rekreasi Pekan Bukit Kepong, di sini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kerja-kerja tersebut menggunakan peruntukan yang disediakan di bawah pejabat Menteri Besar.

“Projek ini dapat menyelamatkan tebing Sungai Muar daripada masalah runtuhan yang boleh menyebabkan bahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan itu.

Advertisement

“Ini juga akan menyediakan suasana yang selesa di kawasan itu sekaligus menjadikan kawasan yang lebih baik kepada penduduk untuk beriadah,” katanya.

Dr Sahruddin yang juga ADUN Bukit Kepong berkata demikian dalam ucapannya sebelum menghadiri upacara tahlil dan doa selamat yang diadakan sempena sambutan dengan serangan Bukit Kepong di Galeri Darurat, di sini hari Ini.

“Rakyat, tidak kira agama dan bangsa mereka harus bersatu bersama dengan toleransi penuh untuk menegakkan keamanan dan perpaduan di Malaysia,” katanya.

Advertisement

Justeru, beliau berharap agar Galeri Darurat di Bukit Kepong, di sini akan tetap relevan terutamanya kepada generasi masa kini dan akan datang sebagai rujukan sejarah.

70 tahun yang lalu pada tanggal 23 Februari 1950 lebih kurang jam 5 pagi, segerombolan kira-kira 180 pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang terletak di tebing Sungai Muar sehingga mengorbankan nyawa 19 anggota selain isteri dan anak-anak anggota serta penduduk kampung.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top