BM | EN | 中文

Peruntukan pendidikan, Bajet 2022: Tak usah janji kalau tak mampu tunaikan

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 31 OKT: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman menasihatkan kerajaan agar berhenti berjanji terutamanya melibatkan sektor pendidikan.

Taqiuddin merujuk janji kerajaan untuk memberikan peranti kepada pelajar B40 dalam program Peranti Siswa Keluarga Malaysia dianggap suatu yang cukup menyakitkan.

“Apa jadi kepada program pemberian komputer riba yang dijanjikan oleh kerajaan tahun lalu kepada murid keluarga B40 untuk menghadapi PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) sebelum ini?

Advertisement

“Kini menteri yang sama berjanji. Baik Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan masih sama seperti sebelum ini.

“Apa yang kita boleh harapkan dan bagaimana proses untuk pemberian itu diagihkan sedangkan sebelum ini kita tidak dapat tengok hasilnya dengan baik.

“Usah berjanji kalau tidak mampu ditunaikan. Itu nasihat saya. Kita tidak mahu ibu bapa serta pelajar dari golongan keluarga B40 ini berharap seperti sebelum ini sekali lagi,” tegasnya.

Advertisement

Semalam, dalam pembentangan Belanjawan 2022 Kerajaan menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata bajet buat pertama kali itu diberikan sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik COVID-19.

Selain itu, bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Tengku Zafrul berkata kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top