BM | EN | 中文

Peruncit tertekan dengan penetapan harga ayam

ayam-mentah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 SEPT: Peruncit di Pasar Awam Larkin mengadu kerana tertekan susulan penetapan harga ayam yang ditetapkan kerajaan.

Menurut salah seorang peruncit di pasar berkenaan, Fatimah Ali, 57 (gambar) memaklumkan penetapan harga yang diarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak munasabah.

Menurut beliau, harga dari pengedar yang tinggi membuatkan penetapan harga yang dikuatkuasakan tidak munasabah untuk peruncit.

Advertisement

“Macam mana kami nak untung kerana harga yang ditetapkan tidak munasabah untuk peruncit berniaga.

“Kita terpaksa tanggung kerugian dari segi operasi, perkerja dan pelbagai lagi kos. Kerajaan tidak memandang semua perkara itu hanya apa yang difikirkan adalah untuk menjaga hati pembeli.

“Kita juga faham pembeli juga terkesan dengan kenaikan harga ayam tersebut tetapi kami sebagai peruncit juga mendapat harga yang mahal,” ujarnya.

Advertisement

Dalam pada itu Pengerusi Hal Ehwal Pengguna Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Syed Othman Abdullah membidas tindakan kerajaan yang dilihat tidak masuk akal.

Beliau menjelaskan kerajaan seharusnya mencari punca sebenar permasalahan harga ayam meningkat bukan memeras peruncit dan pengguna.

“Kita maklum isu harga ayam ini sudah menjadi masalah dalam negara dan kerajaan tidak boleh pandang mudah dengan menekan mana-mana pihak.

Advertisement

“Menteri sepatutnya agresif dalam mencari punca ini bukan dengan meletakkan pelbagai syarat atau menguat kuasakan sesuatu perkara sehingga menjerat lapis terbawah seperti pengguna dan peruncit.

“Ini tidak munasabah, kerajaan melalui kementeriannya tidak buat apa-apa tindakan dan gagal dalam menguruskan perkara ini dengan baik,” ujarnya ketika dihubungi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top