BM | EN | 中文

Perubahan jalan sementara mengelirukan didakwa menjadi penyebab kemalangan

masturah-2.jpg

Kemalangan yang berlaku di persimpangan jalan bersebelahan padang awam Paloh, kelmarin.

Advertisement

KLUANG, 6 JAN : Perubahan jalan sementara yang mengelirukan susulan Projek Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor yang sedang dijalankan didakwa antara menjadi penyebab berlaku kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah kereta, kelmarin.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, kemalangan kira-kira jam 7 petang itu berlaku di persimpangan jalan bersebelahan padang awam Paloh.

“Pada hemat saya, perubahan jalan sementara yang sedikit mengelirukan ini berpunca dari Projek Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru tidak mustahil menjadi punca kemalangan.

Advertisement

“Untuk makluman, pejabat Adun Paloh telah berhubung dengan pihak pemaju YTL dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memberikan perhatian terhadap isu ini. Terima kasih saya ucapkan atas respon balas diberikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, bagaimanapun punca sebenar kemalangan masih belum dikenalpasti secara tepat.

Jelasnya, beliau ingin menyeru agar aspek keselamatan pengguna jalanraya dan penduduk sekitar di kawasan jajaran Niyor, Chamek dan Paloh dapat diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak bertanggungjawab.

Advertisement

“Khususnya YTL yang merupakan kontraktor pemaju projek pembinaan rail ini.

“Saya menyeru agar semua pihak termasuklah juga diri para pengguna jalanraya itu sendiri untuk meletakkan aspek keselamatan sebagai keutamaan kita semua,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top